Followers

Monday 1 October 2012

JPU

Jadual Penentuan Ujian
Antara perkara yang penting semasa penggubalan kertas ujian adalah penyediaan Jadual penentuan Ujian, pembinaan item ujian, membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian. Akhir sekali, sebelum ujian tersebut ditadbirkan, item-item ujian hendaklah dinilai oleh pakar matapelajaran tertentu. Keseluruhaannya proses ini boleh membantu untuk memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan , kesahan, dan seterusnya pengukuran yang adil (Hale,1980). Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JPU (Test Specification Table) adalah carta dua hala yang mengaitka objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan diukur. Dengan demikian, JPU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai oleh pelajar. Dari segi pembinaan item ujian pula, JPU akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua pengajaran dari awal hingga akhir. Dengan demikian, JPU seharusnya dibina seawal mungkin, misalnya sebelum kita memulakan pengajaran.




                                           

No comments:

Post a Comment